Daisypath Anniversary tickers

27 October 2010

Nasi Lemak

Salam sukadukakami

lame tak update belog..
hari ni aku nak cite psal pengalaman aku masak

aku ni MEMANG TAK RETI masak langsung
setakat masak nasi dan goreng telur lepas la

lepas aje kahwin,aku kene lalui semua tu
no MAMA lagi..ok shida!!!!

sebulan lepas kawen,hari-hari call mama
tanye "CAM NE NAK MASAK NI...TU..."
3 bulan aku kat rumah, kire cam training masak by my self la..

siap tulis resepi dan tampal kt peti ais lagi
aduhhh...abes la aku lepas ni
tapi dengan usaha dan azam (wahhh..cam nak jawab EXAM lak)
aku makin lame, makin pandai la
(puji diri sendiri sket!)

ahad lepas, si jack mintak aku masak nasi lemak
lepas tanye Cik Salmah a.k.a BFF aku
aku BERJAYA memasak NASI LEMAK !

si jack siap amek daun pisang lagi
die kate "kalo ada daun pisang wangi sket"

wahhhh...memang seumur hidup aku tak penah masak nasi lemak
tup...tup...boleh masak...nak seribu daya OK !

tadaaaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

breakfast pagi ahad

nasi lemak ShahidaAzlini

penangan nasi lemak..

12.30 si jack dah bantai tido...die kate aku letak ubat tido ke dalam nasi lemak
nak gelak pon aku...ingat mama aku punye nasi lemak ajer ngantok
aku punye pon same

WAKAKAKKAKAKAK !!!

name ANAK MAMA...

25 October 2010

gempak gile video ni

salam sukadukakami

tetibe aku rase cm gempak gile video ni
mmg lawa sangat...

tapi jangan salah sangka

cstproduction NOT CS (CindidSyndrome)

name macam lebih kurang same..
aku tengok pon ingat CindidSyndrome nye customer

anyway, bride and groom ni mmg sporting gile

click kat sini

20 October 2010

20.10.2010

salam sukadukakami

wahhh.today is the nice day
sebab tarikh hari ni mmg lawa

20.10.2010

memang cantik for the nikah day but
hari tak brape sesuai.tengah-tengah hari dalam seminggu

dihari yang bahagia ini aku berdoakan agar :-

kami : panjang umur
kami : bahagia selalu
kami : cepat dapat anak
kami : senang selalu

lastly aku berdoa agar aku dapat kije tetap cepat
(aku sekarang ni tgh training )


i love u so much JACK

HAPPY 20.10.2010
to ALL

14 October 2010

6 years with U

salam sukadukakami

happy DAY...hari ni aku and jack genap 6 tahun saling berkenalan
macam-macam penah kami lalui
perit,manis,masam,pahit sume ada

aku nak ucapkan

Happy Anniversary Sayang

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

i love u so much

13 October 2010

kongsi cerita bersama

salam sukadukakami

aku ada cite yang nak share dengan blogger-blogger semua
bagi yang akan berkahwin, dah kahwin, baru kawen (cam aku ni)
hargai la SUAMI anda..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..

.

.

.

.

.

.

.

saya sayang awak

Nikah Day

salam sukadukakami

seperti yang aku janji..
aku akan post entry pasal W-Day aku
mule dengan nikah...

pelamin nikah ni aku gune pelamin sanding ajer
sbb aku buat kat rumah..jom layan gambar

bantal bulat tu aku beli kt Jusco ajer
RM 19.90 ajer...macam-macam kaler ada

tudung and veil tu adek aku buat

jack muke cuak

mendengar penerangan dari jurunikah

bermula majlis akad

alhamdulillah..

suke lak aku...

mama

papa

sedey sangat lps jack lafas nikah

bersama kakak and adek-adek ku

with my family...

12 October 2010

4 bulan sudah

salam sukadukakami

finaly aku dapat jugak update belog aku ini
nnt aku akan upload gmbr kawen ku
sekarang ni mood konvo jap..
semalam aku and jack genap 4 bulan
dan semalam jugak hari yg bersejarah buat AKU

HARI KONVO KU



wahhh...11.10.10

yang sedey nye Papa and Mama aku x dapat datang
papa tak brape sehat..aku doakan papa sehat selalu

jom layan gambar

jack tolong betolkan hood

mak tolong pinkan

suke betol aku

with Mak and Abah ( wakilkan Papa and Mama)

with jack and parents

we

classmate

7 tahun kami bersama

couple and married