Daisypath Anniversary tickers

31 December 2011

10 SukaDuka 2011

salam sukadukakami

hari ini hari yang terakhir dalam tahun 2011
pejam celik..pejam celi...dah habis 1 tahun
usia perkahwinan kami pon nak masuk 2 tahun

kejap aje..rase baru bulan lepas kahwin
tahun 2011 memberi makna yang mendalam buat aku
pelbagai suka dan duka sepanjang tahun 2011
menangis,ketawa..macam-macam ada


aku nak senaraikan 10 perkaran TERINDAH 2011
(termasuk suka dan duka)


1: tawaran bekerja di TM

2: kejutan hadiah birthday en.suami

3: first time aku masuk hutan dan panjat bukit

4: open house raya di rumah sewa ku

7: pertama kali sambut Raya Aldilfitri di Kg Segamat

5: papa sakit : dari IJN ke Hospital kemaman ke Hospital KT ke Kuantan Medical Centre
ini saat dimana familyku diduga pelbagai dugaan dan cabaran
alhamdulillah sekarang,papa aku sihat selepas pembedahan
Syukur pada MU YA ALLAH


6: sambut raya haji/korban di Kuantan Medical Center

8: En.Suami buat kejutan dengan hantar bunga kat opis for 1st anniversary

9: first time belajar menganyam ketupat

10: last SukaDuka aku dlm 2011 adalah dimasukkan ke HUM Specialist Centre


banyak perkara yang aku lalui sepanjang setahun 2011
tahun 2011 aku jadikan sebagai tahun yang sangat mencabar bagi aku
hanya TUHAN saja paham perasaan/keadaan aku
aku dpt belajar pelbagai perkara buat dlm hidup aku
belajar mengawal perasaan

jadi aku berharap tahun 2012 akan memberi sinar baru buat aku
sinar yang berCAHAYA buat aku utk tabah hadapi dugaan/ujianNYA

"SEMAKIN DEKAT KITA DENGAN NYA, SEMAKIN BANYAK UJIAN YG DTG UTK MENGUJI KITA"
semoga aku dpt mencari CAHAYA yang hilang


"Ya ALLAH Ya Tahunku,makbulkanlah DOA hamba mu ini"
AMIN.AMIN.AMIN..

30 December 2011

kahwin cepat atau lambat tetap org cakap jugak

salam sukadukakami

saja nak share

KAHWIN HANTARAN MURAH :"ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL : "ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA : "ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni...
tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT : "ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL : "ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR : "ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni..tah-tah kawin buat personal loan!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG,
DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA.
NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI PAYAH!..

27 December 2011

ular dalam rumah!

salam sukadukakami

..hari ini aku tak buat ape pon dekat rumah..
..main internet aje..
..cari barang...online shopping sikit-sikit(sikit ke?)..

..malam pula saje masuk bilik stor mama..

..hajat nak cari bear yang dah lame beli..
..terasa windu nak tido dengan bear tu..

..tetibe jupe ULAR..
..waaaaaaaaa...
..adik aku kene patuk ular tuuuuu..
..nasib sempat snap gambar..
..nak tgk...jap..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ni la die gambar time kejadian


..WAKAKAKKAKA..
..memang lawak gile..
..pecah perut aku gelak..

..ini la activity dekat rumah bile berkumpul adik-beradik..
..lupe pulak aku dah KAHWIN..
..main macam budak-budak kata mama..

26 December 2011

kerteh with love

salam sukadukakami

aku dah selamat sampai kerteh sabtu yang lalu
sampai rumah papa and mama dalam pukul 10 malam.

1week at kerteh without en.suami
sangat rindu

23 December 2011

Balik Kampung

salam sukadukakami

esok aku akan balik rumah parents aku..
tak sabar nak jupe Papa and Mama..

dah nak dekat sebulan tak jupe...
last jupe Raya Haji...tu pon aku raya dekat hospital


I LOVE MY FAMILY SO MUCH

gambar lps aku nikah : 1 year ago

21 December 2011

Pencarian Abaya

salam sukadukakami

sejak MC lelame ni..asik duduk dpn pc aje...

dari layan sakit walaupon tak sakit..
(otak kite akan ckp sakit sbb kite kata sakit)
baik main internet...ada jugak benda yg bagus..
buat research sana sini

kalo aku buat master,sure dah grad
wakakakakaka
(MASTER OF SHOPPING RESEARCH)
kelas ko shida !

last month aku ikut en.suami ke LOW YAT
membeli PC...ada terpandang minah arab ni pakai abaya
punya la lawa...



abaya ni SANGAT CANTIK OK!



*misi mencari abaya bermula...XOXO

wordless-wednesday

salam sukadukakami

3 tahun lepas


20 December 2011

berpantang!

salam sukadukakami

dah seminggu aku berpantang...
seksa jugak...tapi tok kebaikkan aku tahan aje..

byk tanye and buat research mengenai BERPANTANG lps operate
aku operate tak besar hanya minor sahaja...
itu pon cume tebuk 4 lubang dekat bahagian perut

tetapi cara penjagaan seperti org baru lps bersalin
aku dpt rase mcm mane org bersalin BERPANTANG

hari-hari aku pakai stokin. tak nak bagi angin masuk.
takut perut kembung. pakai sweter sepanjang hari


geli gamat

MIL aku siap belikan GELI GAMAT.
sebab geli gamat dapat keringkan jahitan cepat.
MIL aku belikan jenama healin. harganya dalam RM67 sj


Mama and Papa aku tak sbr nk aku balik kerteh.
IKAN HARUAN dah tunggu aku...tidakkkkkkkkkkkkkkkk
macam mane la rase ikan haruan tu...

ikan haruan

ni ke rupe nye?gerun aku tgk
janji cepat sembuh ,aku rela makan

*doc bagi cuti SEBULAN..manyak syokkkkkk tp borink tak boleh kuar

19 December 2011

aku pulak operation

Salam sukadukakami

lame pulak rase tak update belog ni.
last week aku kene admit deka HUKM specialist center.
4 bulan lepas aku disahkan ada CYST dekat ovari kiri dan kanan

time dgr tu,rase nak nangis and meraung...
gile ko tak nangis...

dengan semangat yg family/mama/papa/husband aku bg
aku buat keputusan tok operate

wad songket HUKM

sehari sebelum operation.

before tu aku buat byk research..syukur,sumenye bg feedback yg positif
sekarang ni aku sedang berehat dirumah aje,next week baru balik kerteh..
Doakan aku sehat and cpt2 dpt baby

07 December 2011

Papa Selamat Operation

Salam

lame gile tak update dlm belog ni...
sejak En.Suami a.k.a Jack(bahasa lame) sudah beli PC baru
baru seronok sikit nak menaip...
dah lame woiiii tak menaip ni...Teringat kije Data Entry dlu dekat CIMB bank

Last 2week PAPA telah selamat jalani operation buang BESI dekat kaki kanan
basi akibat dr excident 4 tahun lepas..

teramat la syukur kerana operation ni sgt risiko..

*akan ke Hospital,buat checkup badan. DOA kan kami dpt rezeki cpt