30 May 2010

jemputan walimatururus

*iklan melekit
salam sukadukakami

Dengan penuh rasa syukur,
saya dan pasangan ingin menjemput sahabat blogger,





26 May 2010

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

salam sukadukakami

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang
jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal
nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm
sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan
boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,
lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan
tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak
mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak
toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan
lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa
mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum
ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk
menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan
berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung,
bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi
mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis
dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan
seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi
buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika
berada diluar.


Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak
melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak
mendengar nasihat.

20 May 2010

come back HOME

salam sukadukakami

hey...windu nye kt blogger sume..
windu nak update belog..
tapi tenet kat rumah nie asik ON OFF..

sakit jiwa aku..dah musim panas skrg nie..
aku dah balik ke rumah..
banyak kije nak buat..

skrg nie mama and papa aku bz edarkan kad
tiap-tiap malam kuar ke rumah-rumah kenalan

hari nie aku gi pejabat agama
untuk amek surat kebenaran NIKAH

wahhhh...dah x lame ajer lagi...
persiapan cam separuh lagi..
bz...bz...bz..bz...mode skrg nie

maap jika tak update belog
(cam ramai ajer bace belog aku nie)

BUSY MODE
SORRY

13 May 2010

like this pic

salam sukadukakami

aku sebenarnye nak wat pre-Wed
tapi mase ajer yg tak der
tapi akan ku usahakan nanti

abes stdy aku terus kene balik rumah
uruskan psal W-Day
aku suke gambar nie sebab ala-ala pre-Wed


gambar ni membe aku amek
time tu kawan Jack kawen
time nikah..kene la pakai Putih

amek berkat la katekan..
candid OK gambar tu
tu yg aku suke...

11 May 2010

1bulan Lagik

salam sukadukakami

jom counting bersama



LAGIK

bantal

salam sukadukakami

wahhh...windu nye nak update belog
semalam jack cuti, kami berjalan-jalan lah
semalam last la kami ber'dating' sebelum kawen

so,hajat semalam nak cari bantal dan cadar
mane lagi tempat yang nak di tuju kalo bukan
IKEA

kami kene ikea, gi isi perut dulu
pastu baru la berjalan-jalan

MACY di Ikano ada buat sale gile-gile
bantal memang murah
aku ape lagi terus capai la..
tgk bolster pillow dari rm69.90 jadi rm15
mau tak terbeliak bijik mate aku tgk(nasib tak tercabut)

terus aku pegang la..salegirl tu siap leh ckp,
"baik u beli skrg,kalo weekend nie sure habis"
pastu die leh wat luahaan perasaan lagi

"ari tu i beli rm35, skrg nie jadi rm20.70 ajer bantal ni"
"ni jenama bagus maa, dreamland lagi"
(ayat nak suruh aku beli la tu)

SALE MACY DI IKANO HINGGA 16may
CEPAT KE SANE
(ayat cm iklan lak)

setelah dibelek-belek, aku pon beli 2 bantal dan 1 bolster
memang berbaloi la beli sbb bantal nye kualiti
tido adalah bende yang paling penting dlm hidup
bantal pon kene la yang berkualiti tinggi


gambar sebagai hiasan

09 May 2010

Happy Mother Day

salam sukadukakami

sempat update belog aku nie
tesis tak siap lagi...

today is Mother Days..



Selamat Hari Mama (aku call mama)

sayang mama sangat-sangat


* cepat siapkan tesis anda

03 May 2010

Presentation FYP

salam sukadukakami





doakan aku present esok dengan elok
present Final Year Projek

lepas present aku boleh tumpukan
200% dekat W-Day aku nanti

GOOD LUCK FOR MY SELF

AMIN