12 March 2012

Adik Nurul Nadirah

salam sukadukakami

tengah-tengah buat kerja sbb shift malam,
aku ada terbace pasal adik Nurul Nadirah.

sedey sgt..nape la mak nye suruh KUAR beli telur and mee segera
baru 5 TAHUN ok!, bukan tau ape pon

bile dah hilang mule la...
tolong laaaa...mak pon boleh pikir kan,
budak baru 5 tahun, mane la tau paper..
ni suruh gi kedai beli barang...

geram pon ada ngn mak die ni.

paper pon aku ucapkan Takziah untuk adik Nurul Nadirah
*arwah sgt comel



NURUL NADHIRAH | Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

Dalam kejadian tersebut, Nurul Nadirah keluar dari rumahnya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pada sekitar jam 11 pagi untuk membeli telur dan dua bungkus mi segera yang dipesan ibunya, Roselyn Alan, 25, dan tidak pulang-pulang ke rumah sejak itu.

Sebelum itu pihak berkuasa yang menyiasat kes berkenaan telah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan.

Satu lagi tragedi pembunuhan kejam seperti arwah adik Nurin Jazlin Jazimin dan kes kehilangan adik Sharlinie Mohd Nasyar yang sampai sekarang masih belum ditemui.

Inalillah..semoga rohya dicucuri rahmat…


2 comments:

FieZaLieSa said...

al-fatihah untuk arwah..
masih terpikir, mak nye harap anak 5 thn ke kedai..
harap semua ambil iktibar..

ShahidaAzlini said...

btol tu... 5 tahun terlalu mude untuk buat kerja.. AL-Fatihah