Daisypath Anniversary tickers

05 August 2011

Hari Jadi Saya


Salam

hari nie hari jadi aku...
macam biase..aku kije..balik kije bukak pose kat rumah ajer
esok pon kije..lps kije baru kuar dengan Jack

semoga kami cepat dpt baby.
*doakan aku and Jack ye kawan-kawan
AMIN


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AMIN


01 August 2011

Selamat Berpuasa

Salam

selamat berpuasa semua

semalam aku bersahur di rumah MIL
tetapi hari ni aku bukak puasa dekat opis
sorry Jack sebab terpaksa bukak puasa sorang-sorang
esok aku cuti...yahoooo...nak masak puas-puas


29 July 2011

Lawak Jumaat

Salam

jom bace lawak gi pagi jumaat ini

Berikut adalah nama Isteri di HP Suami (hasil survey majalah ......).

Baru menikah: MY LOVELY WIFE
1 thn menikah: MY WIFE
5 thn menikah: HOME
10 thn menikah:IBU PEJABAT
15 thn menikah: BILIK GERAKAN
20 thn menikah: BOS:
25 thn menikah: WRONG NUMBER
30 thn menikah: WONG EDAN
35 thn menikah: MAK LAMPIR…
.

27 July 2011

Wordless Wednesday

Salam


Thank for everthing

27 June 2011

slient is the best !

Salam sukadukakami

lately nie aku macam suke diam ajer..
bukan aku sombong tapi aku tak rase nak bercakap dengan orang lain
kecuali org yg rapat dengan aku ajer..

mybe aku memikirkan banyak perkara yang lebih penting dari bercakap
sume orang ingat aku ni sombong,baran,asik tak der mood ajer
aku rase tersisih kerana beberapa perkara
aku rase cam tak diperlukan lagi

mybe aku ajer kot yang rase cam tu

mybe mood aku dah sampai ke KERTEH TRG...

* i need my mom right now


23 June 2011

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja    masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu

Sekian terima kasih....


*sharing is caring

*caring is loving


22 June 2011

Wordless Wednesday

Salam sukadukakami

i miss my mum,
i miss my dad,
i miss my room,
i miss my home,

*not in the mood
*tak nak cakap dengan sape-sape kecuali my family and hubby
*JGN CAKAP DENGAN AKU