Daisypath Anniversary tickers

17 April 2010

kad dah SIAP

salam sukadukakami

dalam SIBUK-SIBUK aku nak final exam
for the LAST semester aku kat UPM nie...
kene jugak prepare untuk HARI BESAR ku

aku suke,aku happy...
KAD KAHWIN ku dah SIAP...
kebetulan papa and mama datang KL
terus amek kad kahwin
aku tempah kad kahwin ni dekat
JENTAYU DESIGN
company ni selalu buat online order ajer
tapi aku and jack terus ke kedai ajer
senang sket nak bincang..susah order online ni

service die bagus,senang nak bincang..
kami ke kedai just 3 kali ajer..
yang lain kami bincang by emel ajer..
senang,cepat...wahhh gitu...
yang penting kad hanya siap dalam masa

8 HARI BEKERJA SAHAJA

kedai JENTAYU ini terletak di
Taman Sri Kenari,Sg Ramal Kajang
ini website Jentayu Design
www.thekadkahwin.com

sesetengah kedai mengambil masa sampai
sebulan lame nya..tu kalo tak ada masalah dalam artwork
kalo ada masalah, dah extend la mase tu
tak ke lagi kelam kabut kalo kad tak siap?
parah tu...hikhikhik

kad yang aku buat simple and cantik (puji sendiri nmpk)
harga nye pon murah..
aku dapat dengan harga 40sen sekeping..
termasuk sampul bercetak...

bermula la kerja melipat kad kahwin
suke...suke..suke...

15 April 2010

study mood !

salam sukadukakami




3 week nie aku akan bz dengan final exam

bz dengan presentation Final Projek lagi

wish me luck for exam dan presentation


11 April 2010

2 bulan lagi

salam sukadukakami

dah lame tak update belog..
BZ dengan nak final exam...
BZ dengan final year projek...
BZ dengan BBQ kelas hari tu...

tapi aku tetap akan counting

wahhh...lagi 2 bulan kami akan disatukan

2 BULAN LAGI tu.....

sabar shida...sabar jack...

06 April 2010

benar kah?

salam sukadukakami

benarkah budget bergini?

ohh tidakk !!!

mybe untuk majlis bertunang sesuai..
zaman sekarang sume barang dah naik harga




05 April 2010

weekend yang BZ

salam sukadukakami

weekend hari tu kami agak bz uruskan mengenai persiapan perkahwinan
almaklum la,lagi 2 bulan lebih ajer..

so,akan aku update laju-laju sebab banyak bende yang kami buat

SABTU :-

1: mangun pagi-pagi nak ke kedai kad kahwin-ubah ape yang silap kat artwork

2: terus ke puchong untuk mengambil TQ kad (ada cite disebalik ni)

3: kami ke i0i mall - mencari bekas untuk letak duit mas kahwin dan duit hantaran

4: kami ke sri kembangan untuk usha rumah untuk kami duduk nanti

5: terus ke bangi - ingat nak ke butik fitting baju tp cam dah lambat,
so kami ke warta untuk mencari songkot jack untuk nikah tp TAK DER LAK


AHAD :-

1: mangun pagi lagi..smpai si jack dah sampai aku baru nak mangun(punye la penat)

2: terus ke butik pengantin dekat Bangi untuk buat fitting baju.dekat butik kami duk 3 jam
punye la lame.

3: plan nak ke Taman Botani ada wedding tapi tak sempat so lepas lunch kami terus ke
alamanda untuk mencari barang

4: balik UPM cepat-cepat sebab takut tak sempat tgk ABP


wahhhh...memang PACK gile weekend aku and jack...
mengenai TQ kad tu nanti aku cite..

02 April 2010

Din Beramboi meninggal dunia

salam sukadukakami


*sumber dari harian Metro

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi (gambar) disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi.

Adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anaknya, Nil Aina Adibah, 17, Mior Syafiq, 12, dan Nir Ain, di hospital itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.


Turut berada di sisi Allahyarham ialah anggota keluarga terdekat dan tiga rakan artis, Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Shariffudin berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini.


Allahyarham atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.


Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.

Arwah hanya dibawa ke Hospital Selayang selepas keadaannya semakin kritikal Isnin lalu sebelum dimasukkan ke ICU.


Selain menjadi penyampai radio, Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak, baru-baru ini.

Allahyarham tercalon dalam top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) buat pertama kali yang akan diadakan Ahad ini bagi kategori penyampai radio lelaki popular, Harian Metro kelmarin melaporkan Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke ICU kerana menghidap denggi berdarah.


“Dia mengalami pendarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya.


Sementara itu, isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, dilaporkan berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai ABPBH 2009.

Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.


“Dia berkata mahu meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka ke Genting Highlands,” katanya.

* Takziah dan Al-Fatihah

01 April 2010

April Sudah

salam sukadukakami



pejam celik..pejam celik.
dah masuk bulan 4.tinggal.

lagi 2 bulan aku nak kawen.
cam excited pon ada nak kawen(gatal lak).

misi bulan 4 ini adalah untuk siapkan KAD KAHWIN.
papa aku dah start bising dah.
takut kad lambat siap.

persiapan kahwin terpakse dibincang pada weekend sahajer .
aku kene lebih tumpukan kepada Final Year Project.



p/s : mama and papa jangan risau yer..