15 September 2009

Perkara yg Wajib bg Lelaki (Selangor ajer)

Ini adalah atas permintaan En.Tunang...almaklumlah..kami ni baru nk mula membuat persiapan...Ini adalah prosedur bagi kaum adam yang berasal dari Selangor..semua maklumat boleh didapati di laman web jabatan agama islam selangor..JAIS

PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (LELAKI) :

  1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
  2. DAPATKAN BORANG 1A DI JAIS/ PAID (http://www.jais.gov.my)
  3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DENGAN BAYARAN RM10.00 DARI BAHAGIAN PERUNDANGAN KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
  4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN (3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
  5. DAPATKAN PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH QARIAH
  6. DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)
  7. SERAHKAN KEBENARAN KEPADA PIHAK PEREMPUAN

Document sokongan yg diperlukan :

  • SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
  • SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
  • SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
  • BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV YANG TELAH DIPERAKUKAN OLEH PIHAK KLINIK KESIHATAN KECIL KERAJAAN YANG TERPILIH SAHAJA.
  • SALINAN BORANG PERMOHONAN 1A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
  • SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
  • SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
  • SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  • SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
  • SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN ATAU IMEGRESEN. (Jika pemohon warganegara asing)

No comments: