30 April 2010

Accessories Pengantin

salam sukadukakami

bace title dah tau ape bende kan?
pepagi lagi dah bukak blog
gi blog b2b yang lain
kongsi pengalaman dan pendapat same-same

td tengah jelajah ke belog-belog B2B
aku berminat untuk kongsi ini

Accessories Pengantin
bagi yang tidak menyewa baju
boleh la membeli sebab aku rase nak sewa pon harga same cam beli
baik beli(betol x)
kalo korunk rase berbaloi la
aku tak beli sebab baju sewa ajer

suke aku sebab ada mutiara

ada macam ladies diyana tak?

ni yang org selalu pakai time nikah

harga nye pon leh tahan..
tapi aku rase cam kt jalan Tar lagi murah
(mydin pon ada jual jugak tau)

tapi untuk dikongsi bersama tak salah kan
ini blog die

http://accessoriespengantin.blogspot.com/

*sharing is caring right?

29 April 2010

Bunting Stand

salam sukadukakami

enrty ini mengenai bunting stand
aku dah buat bunting,so kene ada stand nye la

memula aku cadang nak gantung ajer kat tiang khemah nanti
tapi aku takut bunting tu akan berpusing
(kalo kene angin sure terbang-terbang)

so aku deside nak gune bunting stand
aku cari kat internet,bapak mahal
ada yang sampai SERATUS lebih
paling murah pon RM55 excluded posting
gile ape,gune 5 jam ajer...

so,aku and jack ke kajang town
salegirl kat kedai kad kahwinku.com cakap ada kedai jual bunting stand
kat kedai kad kahwin kat kajang town
so,lepas amek bunting kami terus ke sane

wahhh...memang teruja...
murah ajer...just RM35 ajer..
bunting stand yang PALING murah...
ok la..gune 2x ajer...belah aku and jack
(lepas ini leh wat sewa,ok x?)

X-Stand

uncle kedai tu memang baik
siap ajar kiteorg cara untuk pasang lagi
sebab kan bunting ini jenis X-stand
kami kene tebuk lobang kat bunting
uncle tu cas 1 lobang RM1 ajer..
8 lobang RM 8 ajer...
murah kan !

bahagian atas stand

bahagian kaki stand

nampak simple dan mudah dipasang
tetapi ianya memerlukan 3 ORANG tu nok nak pasang ni
sorang nak pegang atas,
sorang nak jaga kaki die,
sorang nak kene pegang bunting.

kedai ini dekat sebelah KIMIE Kajang
berhadapan dengan Maybank Kajang Town
name kedai die

ONE STOP PRINTING HOUSE
(lupe lak alamat die.hik)

happy birthday MAMA

* stiky entry for 24hours
salam sukadukakami

hari ini 28 hb April
hari yang cukup bermakne
beliau adalah salah seorang orang kuat dalam W-Day ku
beliau adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bonda ku sayang
hari ini hari LAHIR Mama ku

Puan Rosniah Saad

HAPPY BIRTHDAY MAMA

semoga mama panjang umur
semoga murah rezeki selalu
semoga mama sukses selalu
semoga mama and papa bahagia selalu

mama bertuah sebab tahun ini mama dapat 2 hadiah
1: dapat menantu lelaki PERTAMA
2: mama dapat kereta baru (TQ papa)

cucu tahun depan kot..insyaAllah


i love u so much
MAMA

28 April 2010

perihal Songkok Nikah

salam sukadukakami

hari isnin hari tu jack cuti
sebab nak ke Jalan Masjid India mencari SONGKOK
kami dah gi OMAR ALI di Alamanda
tapi tak der stok,so kene la ke Wisma Yakin
memang banyak pilihan kedai songkok
tapi anda kene pandai tawar-menawar

nape OMAR ALI?
mybe sebab name ayah jack
OMAR HASHIM
(gurau ajer)

takder la,ianya sebab harga die ok
produk die kualiti,jahitan yang kemas
kualiti baldu tebal, bukan yang jenis nipis
(puji sikit ajer..hehehe)

songkok untuk nikah aku suka yang tinggi
but jangan la terlalu tinggi

sebab bapak aku penggemar songkok yang tinggi
pak cik aku pon same

papa ku dengan songkok nye

pak cik ku dengan songkok nye


jack cari songkok 4inci 1/2
harga songkok rm75 tapi lepas diskaun just RM60
bekas songkok plastik ini RM15 lepas diskaun just RM10
lepas aku tawar menawar (tawar menawar tu PENTING)

bekas plastik ini kalis air
tak rugi beli sebab leh simpan songkok
untuk jangka masa yang lame
( 10 tahun leh tahan tak ?)

songkok jack

amacam,tinggi tak? model jap


27 April 2010

bunting

salam sukadukakami

finaly aku dah abes final exam
final exam TERAKHIR aku di UPM
selama 3 tahun aku kat sini

alhamdulillah sume nye OK
so,aku nk update pasal wedding aku

last weekend aku and jack ke Kajang
ke kedai kad kahwinku (yg sponser catrinaros tuu)
kedai ini femes secara ONLINE
(korunk google ajer kadkahwinku.com)
sebab kalo kite walk in harga lain daripada online
(boleh lak cam tu: pelik aku)
harga online lagi murah dari walk in tetapi
kadar KESIAPAN kad walk in lagi cepat berbanding online

tapi aku tak buat kad kat sini sbb lame
mereka cakap SEBULAN baru siap kad
(ko gile!kalo lambat cam ne,mau kene pancung ngan bapak aku)

kami buat bunting dan penunjuk arah
harga nye OK..murah berbanding kedai lain
bagi bunting harga nya hanya RM25
(design standart : tak boleh design sendiri)
ini la bunting aku
simple and tak der gambar
(mak aku tak suke ada gambar:OK mama)

bunting ku

bagi penanda arah hanya RM10 bagi satu pihak

penunjuk arah

bunting dan menunjuk arah hanya siap
dalam masa 2 WEEK ajer
so,aku and jack deside nak wat kat sini

kadkahwinku.com


19 April 2010

my BFF

salam sukadukakami

aku nie cakap ajer nak exam
nak study tp duk mengadap tenet gak...
susah kalo tenet ada depan mate..

hari sabtu kad kahwin aku dah siap
wahh..mmg excited aku nak lipat-lipat kad tu

semalam,aku and jack mangun pagi-pagi
bercadang nak breakfast kt MCD and bincang
mengenai senarai tetamu...kami nie kenal kat kolej
so,kawan kolej tu memang ramai la

tengah hari aku dah janji dengan BFF aku (aida and wawe)
kami lepak-lepak,borak-borak

aida,me,wawe

aida adalah pengapit aku di sebelah TRG
wawe pula pengapit aku di sebelah Kajang
wahhh...aku susun BAIK punye!
supaya adil dan saksama...

mereka adalah ORANG PERTAMA yang dapat kad kahwin aku
wahhh...awal lg tp tak per...janj first person

aku kenal aida and wawe dah 7 Tahun
kami kenal kt kolej
1 kelas tapi tak 1 rumah,tak 1 bilik,tak 1 blok
dalam 7 tahun nie macam2 kite lalui
baik,buruk,sedey,happy

ternyata mereka memahami aku
kami study bende yg same
sambung study kos yang same
kawen ajer bukan orang yang same
hehehehehehehehehehehheheheh

kami main futsal same

i love both of U

17 April 2010

kad dah SIAP

salam sukadukakami

dalam SIBUK-SIBUK aku nak final exam
for the LAST semester aku kat UPM nie...
kene jugak prepare untuk HARI BESAR ku

aku suke,aku happy...
KAD KAHWIN ku dah SIAP...
kebetulan papa and mama datang KL
terus amek kad kahwin
aku tempah kad kahwin ni dekat
JENTAYU DESIGN
company ni selalu buat online order ajer
tapi aku and jack terus ke kedai ajer
senang sket nak bincang..susah order online ni

service die bagus,senang nak bincang..
kami ke kedai just 3 kali ajer..
yang lain kami bincang by emel ajer..
senang,cepat...wahhh gitu...
yang penting kad hanya siap dalam masa

8 HARI BEKERJA SAHAJA

kedai JENTAYU ini terletak di
Taman Sri Kenari,Sg Ramal Kajang
ini website Jentayu Design
www.thekadkahwin.com

sesetengah kedai mengambil masa sampai
sebulan lame nya..tu kalo tak ada masalah dalam artwork
kalo ada masalah, dah extend la mase tu
tak ke lagi kelam kabut kalo kad tak siap?
parah tu...hikhikhik

kad yang aku buat simple and cantik (puji sendiri nmpk)
harga nye pon murah..
aku dapat dengan harga 40sen sekeping..
termasuk sampul bercetak...

bermula la kerja melipat kad kahwin
suke...suke..suke...

15 April 2010

study mood !

salam sukadukakami




3 week nie aku akan bz dengan final exam

bz dengan presentation Final Projek lagi

wish me luck for exam dan presentation


11 April 2010

2 bulan lagi

salam sukadukakami

dah lame tak update belog..
BZ dengan nak final exam...
BZ dengan final year projek...
BZ dengan BBQ kelas hari tu...

tapi aku tetap akan counting

wahhh...lagi 2 bulan kami akan disatukan

2 BULAN LAGI tu.....

sabar shida...sabar jack...

06 April 2010

benar kah?

salam sukadukakami

benarkah budget bergini?

ohh tidakk !!!

mybe untuk majlis bertunang sesuai..
zaman sekarang sume barang dah naik harga




05 April 2010

weekend yang BZ

salam sukadukakami

weekend hari tu kami agak bz uruskan mengenai persiapan perkahwinan
almaklum la,lagi 2 bulan lebih ajer..

so,akan aku update laju-laju sebab banyak bende yang kami buat

SABTU :-

1: mangun pagi-pagi nak ke kedai kad kahwin-ubah ape yang silap kat artwork

2: terus ke puchong untuk mengambil TQ kad (ada cite disebalik ni)

3: kami ke i0i mall - mencari bekas untuk letak duit mas kahwin dan duit hantaran

4: kami ke sri kembangan untuk usha rumah untuk kami duduk nanti

5: terus ke bangi - ingat nak ke butik fitting baju tp cam dah lambat,
so kami ke warta untuk mencari songkot jack untuk nikah tp TAK DER LAK


AHAD :-

1: mangun pagi lagi..smpai si jack dah sampai aku baru nak mangun(punye la penat)

2: terus ke butik pengantin dekat Bangi untuk buat fitting baju.dekat butik kami duk 3 jam
punye la lame.

3: plan nak ke Taman Botani ada wedding tapi tak sempat so lepas lunch kami terus ke
alamanda untuk mencari barang

4: balik UPM cepat-cepat sebab takut tak sempat tgk ABP


wahhhh...memang PACK gile weekend aku and jack...
mengenai TQ kad tu nanti aku cite..

02 April 2010

Din Beramboi meninggal dunia

salam sukadukakami


*sumber dari harian Metro

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi (gambar) disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi.

Adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anaknya, Nil Aina Adibah, 17, Mior Syafiq, 12, dan Nir Ain, di hospital itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.


Turut berada di sisi Allahyarham ialah anggota keluarga terdekat dan tiga rakan artis, Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Shariffudin berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini.


Allahyarham atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, mengadu demam dan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang yang kemudian dirujuk ke Hospital Selayang.


Din Beramboi dikatakan mula demam sejak 23 Mac minggu lalu dan semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, pelawak itu hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin.

Arwah hanya dibawa ke Hospital Selayang selepas keadaannya semakin kritikal Isnin lalu sebelum dimasukkan ke ICU.


Selain menjadi penyampai radio, Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak, baru-baru ini.

Allahyarham tercalon dalam top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) buat pertama kali yang akan diadakan Ahad ini bagi kategori penyampai radio lelaki popular, Harian Metro kelmarin melaporkan Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke ICU kerana menghidap denggi berdarah.


“Dia mengalami pendarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya.


Sementara itu, isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, dilaporkan berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai ABPBH 2009.

Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.


“Dia berkata mahu meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka ke Genting Highlands,” katanya.

* Takziah dan Al-Fatihah

01 April 2010

April Sudah

salam sukadukakami



pejam celik..pejam celik.
dah masuk bulan 4.tinggal.

lagi 2 bulan aku nak kawen.
cam excited pon ada nak kawen(gatal lak).

misi bulan 4 ini adalah untuk siapkan KAD KAHWIN.
papa aku dah start bising dah.
takut kad lambat siap.

persiapan kahwin terpakse dibincang pada weekend sahajer .
aku kene lebih tumpukan kepada Final Year Project.



p/s : mama and papa jangan risau yer..