Daisypath Anniversary tickers

14 September 2009

Perkara yg Wajib

Ini adalah prosedur biase yang wajib di buat bg bakal bridal..sume ini akan saya buat apabila cuti semester nnt...byk kije skrg nie..ngn assgmnt yg byk..nk buat persiapan lagi...sbr2..hehehhehehe
prosedur nak kawin ni...( untuk perempuan yerr )

1. hadir kursus pra perkahwinan

2. Ujian HIV ( sah laku 6 bulan sahaja )

3. dapatkan borang 1C ( kebenaran berkahwin ) dan 1D ( perwakilan wali dan wakalah )
* borang2 ni leh dpt kan di laman web / JAIS / PAID (pejabat agama islam daerah)

4. lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan
5. Dapatkan pengesahan dr PPN ( Penolong Pendaftar Nikah )

* PPN ni leh jumpe di masjid..bwk la sumer borang tu untuk mengesahkan.time jumpe ni kene bwk wali dan 2 org saksi borang...saksi ni bukan saksi time nikah tu...sape2 je...kwn2 pun ok..tp mesti la lelaki..

6. Dapatkan kebenaran berkahwin dr PAID
* untuk kelulusan

7. Serahkan kebenaran berkahwin pada PPN

8. Akad nikah dijalankan.

9. Ambil surat perakuan nikah di JAIS / PAID

Dokumen sokongan :-
- salinan I/C
- salinan I/C wali
- salinan I/C 2 org saksi borang
- salinan sijil pra perkahwinan
- salinan ujian HIV

2 comments:

BlackPink said...

utk prosedur en.tunang ade x?hehe..~

ShahidaAzlini said...

tu saya kene cari kan..nnt saya post eh?hehhe